Khamis, 10 April 2014

TAWAKAL Is The Key!

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bersyukur dengan kekurangan!

Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan?
BERSYUKUR!

Ya, itu lah yang harus kita lakukan sebagai hamba Allah..Apabila mendapat nikmat dan rezeki serta kesihatan yang baik, haruslah sentiasa mengucapkan syukur Alhamdulillah terhadap Allah...Tiada manusia di dunia ini sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W..

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, 7)

Tetapi, bagaimana pula jika diberi kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian yang besar oleh Allah?
Mungkin hanya segelintir sahaja yang akan mengucapkan Alhamdulillah kerana diberi ujian oleh Allah..Kenapa kita harus mengucapkan Alhamdulillah walaupun diberi ujian dan bencana?

Jawapannya adalah, Allah tidak akan menguji hamba-Nya diluar kemampuan seseorang untuk menghadapinya..Sedarkah kita… beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan...

Fiman Allah SWT:
“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya dari kejahatan.” (Surah Al-Baqarah, 177)
Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Allah.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.
Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingat bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.
Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain.
Kumbang

Sumber: ILUVISLAM ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan